Memaparkan catatan dengan label Program Rohani. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Rohani. Papar semua catatan

Ahad, 26 Januari 2014

Sejenak Bersama Pengetua Cemerlang


Pada 21 Januari 2014, satu program bersama pengetua cemerlang SMK Seri Bintang Utara, Puan Shamshiah Binti Ahmad telah berlangsung dengan kerjasama warden Asrama Kompleks Seri Bintang. Pogram ini melibatkan pelajar dari kalangan Asrama puteri dan warden puteri sahaja. Program ini adalah bertujuan untuk berkongsi rahsia antara pengetua dan pelajar-pelajarnya. Selain itu, program ini juga adalah untuk meningkatkan disiplin pelajar sekaligus bertukar-tukar pendapat bagi meningkatkan kualiti asrama sesuai dengan matlamat pengetua bagi mentranformasikan asrama menjadi lebih cemerlang, gemilang dan TERBILANG!!


Perkongsian ini telah membuka minda pelajar asrama untuk terus berjuang dalam pelajaran malah dalam pengurusan diri supaya menjadi pelajar cemerlang Asrama Kompleks Seri Bintang (AKSB). Perkongsian kami adalah tentang.............................................................:-


  • Kebersihan dan Keceriaan dorm 
  • Sayangi prasarana asrama
  • Pembahagian masa
  • Penyelesaian masalah
Diharap, kualiti asrama pada tahun ini dan pada masa akan datang akan cemerlang dan terus meningakat.






Sabtu, 18 Januari 2014

Amalan Rasulullah diterapkan dalam sanubari

             

Asrama Kompleks Seri Bintang melangkah kehadapan dalam memantapkan nilai rohani warga asrama dengan menjadikan sesi bacaan Al-Mathurat sebelum solat maghrib sebagai rutin harian secara rasmi.

Walaupun terdapat kekangan untuk melaksanakan perlaksanaan ini sejak awal tahun seperti kekurangan kitab Al-Mathurat, akhirnya pada saat ini, bilangan kitab tersebut telah ditambah sekaligus memudahkan sesi bacaan Al-Mathurat untuk dijalankan.

Usaha penerapan Al-Mathurat yang diusahakan oleh Exco Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) hasil gandingan Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) sesi 2014 ini meningkatkan lagi penghayatan rohani dengan pengamalan wirid dan doa yang telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Selain itu, Exco Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) menyarankan untuk mengamalkan bacaan ayat Manzil pada setiap malam sebelum tidur.


Diantara Kelebihan membaca ayat-ayat manzil ini adalah:
1. Mengelakkan dan menyembuhkan penyakit akibat sihir, gangguan jin dan syaitan.

2. Melindungi pengamal dan kaum kerabatnya daripada bahaya makhluk halus, penjahat dan

    binatang buas.

3. Rumah dan harta benda pengamal dilindungi.




Sabtu, 3 Ogos 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013

Pada tanggal 24/1/2013 bersamaan dengan hari Khamis ,telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Asrama Kompleks Seri Bintang bagi tahun 2013. Untuk pengetahuan semua ,Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini dijalankan pada setiap tahun bagi melahirkan sifat sayang kepada Rasulullah SAW kepada para pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang .Tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah 'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH'.
Majlis dimulakan dengan Pertandingan Perarakan dari setiap paras bermula dari Paras 1 Aspura ,diikuti dengan Paras 2 Aspura .Bagi pihak aspuri,dimulai dengan Paras 1 seterusnya Paras 2 dan Paras 3 Aspuri .Setiap paras diminta untuk menyediakan sepanduk buatan sendiri berserta laungan selawat Nabi untuk dipersembahkan nanti .Para pelajar bertungkus lumus dalam menyediakan sepanduk dan nyanyian selawat Nabi.
Seawal jam 8 pagi ,para pelajar sudah bersedia di Gelanggang Bola Keranjang AKSB bagi memulakan Pertandingan Perakakan Dari Asrama Kompleks Seri Bintang ke Surau Kompleks Seri Bintang .Para hakim yang mengadili pertandingan ini ialah Para Warden serta Puan Khalilah Za'aba .Para pelajar melaungkan selawat Nabi dengan kuat .Setibanya di Surau Kompleks Seri Bintang ,diadakan pula ceramah tentang Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan .Kemudian Diumumkan pula keputusan bagi Pertandingan Perarakan .Keputusannya seperti berikut :-

1)Paras 3 Aspuri
2)Paras 1 Aspuri
3)Paras 2 Aspuri

Telah juga dijalankan Pertandingan Bercerita kisah Nabi Muhammad namun keputusan pertandingan tidak diberitahu lagi .Moga-moga dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini ,kecintaan kita kepada Rasulullah dapat ditingkatkan .InsyaAllah ,Amin.

Selasa, 15 November 2011

[Video] Tazkirah Digital: 15 November 2011

Tarikh: 15 November 2011
Hari: Selasa
Masa: Selepas solat fardu Maghrib
Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang
Syukur ke hadrat Ilahi atas restu yang telah diberikan dapat juga program kerohanian asrama, Tazkirah Digital berjalan dengan lancar di Surau Kompleks Seri Bintang bagi minggu 13 November - 18 November 2011.

Tazkirah Digital yang berlangsung pada malam tadi merupakan sesi Tazkirah Digital yang terakhir bagi tahun 2011. Jika tiada aral melintang, program Tazkirah Digital akan diteruskan lagi oleh Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) 2012 pada tahun hadapan.

Tarikh 14 November bersamaan hari Isnin iaitu tarikh dan hari yang sepatutnya program Tazkirah Digital diadakan telah ditunda kepada 15 November 2011 bersamaan hari Selasa untuk memberi ruang kepada penceramah muda, Sidi Muhammad Yusoff untuk mengendalikan program Usrah Perdana yang bertajuk Salahudin Al-Ayubbi yang berlangsung semalam.

Tazkirah yang berlangsung malam tadi membawakan beberapa video permasalahan hukum dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dan juga Ustaz Kazim Elias. Huraian ringkas mengenai tayangan video semalam telah dihuraikan oleh Nazrul Hafizi dari unit SSDM JKP AKSB 2012 dan Arib Ismail selaku YDP JKP AKSB 2011 sebagai pengatur multimedia bagi program tersebut.

Sebelum program Tazkirah Digital malam tadi bermula, sebuah video yang bertajuk Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah ditayangkan sebagai video introduction bagi program tersebut.



Berikut antara video yang telah dipaparkan pada program Tazkirah Digital: 15 November 2011.

Ustaz Azhar Idrus - Lelaki Pakai Bedak & Gincu



Ustaz Azhar Idrus - Hukum Pakai Software Cetak Rompak



Ustaz Mohd Kazim Elias - Carilah Redha Allah



Ustaz Mohd Kazim Elias - Adat Yang Perlu Diubah



Sebelum menutup tirai, sebuah video bonus telah ditayangkan kepada para pelajar.

Video Bonus - Teh dan Teh O Ais



Sekian sahaja ulasan pada kali ini. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua. Ma'a salamah.

[Video] Usrah Perdana: Salahudin Al-Ayyubi


Tarikh: 13 November 2011
Hari: Isnin
Masa: Selepas solat fardu Maghrib
Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang
Alhamdulillah, semalam telah berlangsungnya sebuah program kerohanian anjuran Jawatankuasa Kepemimpinan Pelajar (JKP) Asrama Kompleks Seri Bintang bertempat di Surau Kompleks Seri Bintang. Meskipun, bilangan pelajar yang masih mendiami AKSB berkurangan ekoran pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 1 SBS sudah pulang untuk cuti bersempena SPM, pihak JKP masih bersemangat untuk menganjurkan aktiviti kerohanian.

Usrah Perdana yang berlangsung semalam bertemakan "Di Ambang Kelahiran Salahudin al-Ayyubi Generasi Baru". Sejajar dengan temanya, semalam telah diadakan usrah berkenaan riwayat hidup atau manaqib Sultan Salahudin al-Ayyubi dan juga rahsia untuk menjadi Sultan Salahudin al-Ayyubi generasi baru.

Usrah Perdana semalam telah dikendalikan oleh Sidi Muhammad Yusoff, selaku Penolong Biro Dakwah dan Tarbiah di samping dibantu oleh Muhammad Aidil Azroy. Diharapkan dengan terbongkarnya kisah kegemilangan Sultan Salahudin al-Ayyubi dan rahsia-rahsia keunggulannya, AKSB dapat membentuk pelajar yang bakal menjadi umat Islam yang unggul dan holistik.

Dimuatkan juga, video-video yang ditayangkan semasa Usrah Perdana semalam untuk tatapan semua pembaca.



















Sekian, wassalam dan selamat beramal..

Rabu, 2 November 2011

[Video] Tazkirah Digital: 1 November 2011

Tarikh: 1 November 2011
Hari: Selasa
Masa: Selepas solat fardu Maghrib
Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang
Semalam telah berlangsungnya program kerohanian asrama, Tazkirah Digital di Surau Kompleks Seri Bintang bagi minggu 30 Oktober - 5 November 2011.

Tarikh 1 November bersamaan hari Isnin iaitu tarikh dan hari yang sepatutnya program Tazkirah Digital diadakan telah ditunda kepada 2 November 2011 bersamaan hari Selasa atas sebab-sebab teknikal.

Tazkirah yang berlangsung semalam membawakan beberapa video permasalahan hukum yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus. Huraian ringkas mengenai tayangan video semalam telah dihuraikan oleh Arib Ismail selaku YDP JKP AKSB 2011 serta Nazrul Hafizi dari unit SSDM JKP AKSB 2012.











Tazkirah Digital yang berlangsung semalam turut membawakan wallpaper baru untuk program ini seperti yang tertera pada pendahuluan post ini.

Selepas sesi tayangan video permasalahan hukum tersebut, Arib Ismail juga menerangkan serba sedikit mengenai wallpaper yang digunakan sepanjang program Tazkirah Digital yang berlangsung semalam. Arib Ismail memaklumkan bahawa Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang photographer yang tidak kurang hebatnya.


Untuk melihat foto-foto yang diambil sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus, boleh pergi ke laman web digitalmukmin.com atau klik salah satu gambar di bawah.



Sebelum sesi Tazkirah Digital melabuhkan tirai, dua buah video bonus telah ditayangkan untuk para pelajar.





Selasa, 11 Oktober 2011

Sidi Muhammad Yusoff - Pelajar AKSB Dijemput Menjadi Penceramah Jemputan


Salah seorang pelajar tingkatan 3 Asrama Kompleks Seri Bintang 2011, Sidi Muhammad Yusoff telah dijemput untuk menjadi penceramah jemputan di SMK Seri Saujana pada esok hari.

Berita itu disampaikan kepada YDP AKSB 2011 selaku Admin Portal AKSB sebaik sahaja beliau menerima surat jemputan untuk menjadi penceramah di sekolah tersebut hasil nukilan daripada pengetua SMK Seri Saujana.

Atas bakat dan kreditibiliti beliau dalam menyampaikan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama, sejarah, dan sahsiah telah membuka mata pihak atasan untuk menjemputnya sebagai penceramah jemputan.

Ini merupakan julung kalinya beliau dijemput untuk menjadi ceramah undangan luar.

Kami di pihak Asrama Kompleks Seri Bintang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sidi Muhammad Yusoff atas pencapaiannya itu.

Pada malam ini, Sidi Muhammad Yusoff akan menyampaikan ceramah yang bertajuk "Remaja Muslim Harapan Negara" yang juga tajuk yang akan dibawanya ke Seri Saujana sebagai persediaan beliau untuk menyampaikan ceramah di sekolah tersebut pada esok hari. Sama-sama kita saksikan.

Selasa, 27 September 2011

Bacaan Al-Mathurat Selepas Solat Asar Diterapkan Secara Rasmi


Asrama Kompleks Seri Bintang melangkah kehadapan dalam memantapkan nilai rohani warga asrama dengan menjadikan sesi bacaan Al-Mathurat selepas solat Asar sebagai rutin harian secara rasmi.

Bermula seawal tahun ini, sesi solat Asar secara berjemaah telah dijadikan rutin harian pelajar asrama yang diadakan di Surau Kompleks Seri Bintang dan semalam, sesi bacaan Al-Mathurat mula dijalankan dan dijadikan rutin harian selepas solat Asar.

Perlaksanaan ini sangat bertepatan dengan hasrat Yang Di-Pertua Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar 2011, Arib Ismail yang mahu menjadikan Asrama Kompleks Seri Bintang sebagai Pusat Kerohanian, Kepimpinan dan Ilmuan serta Teknologi Maklumat (KKITM).

Walaupun terdapat kekangan untuk melaksanakan perlaksanaan ini sejak awal tahun seperti kekurangan kitab Al-Mathurat, akhirnya pada saat ini, bilangan kitab tersebut telah ditambah sekaligus memudahkan sesi bacaan Al-Mathurat untuk dijalankan.

Perlaksanaan sesi bacaan Al-Mathurat yang bermula semalam mencatatkan tahun 2011 merupakan tahun pertama perlaksanaan bacaan Al-Mathurat selepas solat Asar yang melibatkan semua warga pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang sejak penubuhan asrama ini pada tahun 2004.

Usaha penerapan Al-Mathurat yang diusahakan oleh Exco Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) hasil gandingan Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) sesi 2011 bersama sesi 2012 ini meningkatkan lagi penghayatan rohani dengan pengamalan wirid dan doa yang telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

Jumaat, 23 September 2011

Usrah Perdana: Kegemilangan Daulah Khilafah


Dimaklumkan bahawa program Usrah Perdana: Kegemilangan Daulah Khilafah anjuran Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar sesi 2011 bersama sesi 2012 akan berlangsung pada masa dan tarikh berikut:
Tarikh: 24 September 2011
Hari: Sabtu
Masa: Selepas solat fardu Maghrib
Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang
Semoga semua warga Asrama Kompleks Seri Bintang dapat bersama-sama dalam memeriahkan program tersebut!

Ahad, 18 September 2011

Program Baru: Tazkirah Digital


Pernahkah anda terfikir nama-nama ustaz yang tersohor di negara ini seperti Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Azhar Idrus akan bertandang ke Asrama Kompleks Seri Bintang untuk memberikan ceramah mereka? Tentu sekali sukar bukan? Jadi, melalui kecanggihan peralatan IT masa kini, Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar sesi 2011 bersama sesi 2012 telah 'membawa' mereka untuk ke Asrama Kompleks Seri Bintang secara terus menerus melalui layar LCD.

Bermula malam esok, slot Tazkirah Digital akan berlangsung pada setiap hari Isnin selepas solat fardhu Maghrib.

Bersama-sama kita nantikan Tazkirah Digital!

Khamis, 23 Jun 2011

Usrah Perdana: Bermalam Di Barzakh

Pihak Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar 2011 akan menganjurkan program Usrah Perdana yang berlangsung pada hari Jumaat malam untuk minggu yang tidak balik. Seiring dengan arus permodenan zaman, program Usrah Perdana ini diserikan lagi dengan penggunaan multimedia seperti tayangan video bagi menyemarakkan program tersebut. Program Usrah Perdana yang seterusnya yang diberi tajuk 'Bermalam Di Barzakh' akan membawa para pelajar asrama dalam merasai saat-saat ketika kematian dan akan berlangsung pada masa berikut:

Tarikh: 24 Jun 2011
Hari: Jumaat
Masa: Selepas solat fardu Maghrib
Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang


 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan