Sabtu, 3 Ogos 2013

Sambutan Maulidur Rasul 2013

Pada tanggal 24/1/2013 bersamaan dengan hari Khamis ,telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Asrama Kompleks Seri Bintang bagi tahun 2013. Untuk pengetahuan semua ,Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini dijalankan pada setiap tahun bagi melahirkan sifat sayang kepada Rasulullah SAW kepada para pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang .Tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah 'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH'.
Majlis dimulakan dengan Pertandingan Perarakan dari setiap paras bermula dari Paras 1 Aspura ,diikuti dengan Paras 2 Aspura .Bagi pihak aspuri,dimulai dengan Paras 1 seterusnya Paras 2 dan Paras 3 Aspuri .Setiap paras diminta untuk menyediakan sepanduk buatan sendiri berserta laungan selawat Nabi untuk dipersembahkan nanti .Para pelajar bertungkus lumus dalam menyediakan sepanduk dan nyanyian selawat Nabi.
Seawal jam 8 pagi ,para pelajar sudah bersedia di Gelanggang Bola Keranjang AKSB bagi memulakan Pertandingan Perakakan Dari Asrama Kompleks Seri Bintang ke Surau Kompleks Seri Bintang .Para hakim yang mengadili pertandingan ini ialah Para Warden serta Puan Khalilah Za'aba .Para pelajar melaungkan selawat Nabi dengan kuat .Setibanya di Surau Kompleks Seri Bintang ,diadakan pula ceramah tentang Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan .Kemudian Diumumkan pula keputusan bagi Pertandingan Perarakan .Keputusannya seperti berikut :-

1)Paras 3 Aspuri
2)Paras 1 Aspuri
3)Paras 2 Aspuri

Telah juga dijalankan Pertandingan Bercerita kisah Nabi Muhammad namun keputusan pertandingan tidak diberitahu lagi .Moga-moga dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini ,kecintaan kita kepada Rasulullah dapat ditingkatkan .InsyaAllah ,Amin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan