Selasa, 15 November 2011

[Video] Tazkirah Digital: 15 November 2011

Tarikh: 15 November 2011
Hari: Selasa
Masa: Selepas solat fardu Maghrib
Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang
Syukur ke hadrat Ilahi atas restu yang telah diberikan dapat juga program kerohanian asrama, Tazkirah Digital berjalan dengan lancar di Surau Kompleks Seri Bintang bagi minggu 13 November - 18 November 2011.

Tazkirah Digital yang berlangsung pada malam tadi merupakan sesi Tazkirah Digital yang terakhir bagi tahun 2011. Jika tiada aral melintang, program Tazkirah Digital akan diteruskan lagi oleh Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) 2012 pada tahun hadapan.

Tarikh 14 November bersamaan hari Isnin iaitu tarikh dan hari yang sepatutnya program Tazkirah Digital diadakan telah ditunda kepada 15 November 2011 bersamaan hari Selasa untuk memberi ruang kepada penceramah muda, Sidi Muhammad Yusoff untuk mengendalikan program Usrah Perdana yang bertajuk Salahudin Al-Ayubbi yang berlangsung semalam.

Tazkirah yang berlangsung malam tadi membawakan beberapa video permasalahan hukum dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dan juga Ustaz Kazim Elias. Huraian ringkas mengenai tayangan video semalam telah dihuraikan oleh Nazrul Hafizi dari unit SSDM JKP AKSB 2012 dan Arib Ismail selaku YDP JKP AKSB 2011 sebagai pengatur multimedia bagi program tersebut.

Sebelum program Tazkirah Digital malam tadi bermula, sebuah video yang bertajuk Fenomena Ustaz Azhar Idrus telah ditayangkan sebagai video introduction bagi program tersebut.



Berikut antara video yang telah dipaparkan pada program Tazkirah Digital: 15 November 2011.

Ustaz Azhar Idrus - Lelaki Pakai Bedak & Gincu



Ustaz Azhar Idrus - Hukum Pakai Software Cetak Rompak



Ustaz Mohd Kazim Elias - Carilah Redha Allah



Ustaz Mohd Kazim Elias - Adat Yang Perlu Diubah



Sebelum menutup tirai, sebuah video bonus telah ditayangkan kepada para pelajar.

Video Bonus - Teh dan Teh O Ais



Sekian sahaja ulasan pada kali ini. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua. Ma'a salamah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan