Selasa, 27 September 2011

Bacaan Al-Mathurat Selepas Solat Asar Diterapkan Secara Rasmi


Asrama Kompleks Seri Bintang melangkah kehadapan dalam memantapkan nilai rohani warga asrama dengan menjadikan sesi bacaan Al-Mathurat selepas solat Asar sebagai rutin harian secara rasmi.

Bermula seawal tahun ini, sesi solat Asar secara berjemaah telah dijadikan rutin harian pelajar asrama yang diadakan di Surau Kompleks Seri Bintang dan semalam, sesi bacaan Al-Mathurat mula dijalankan dan dijadikan rutin harian selepas solat Asar.

Perlaksanaan ini sangat bertepatan dengan hasrat Yang Di-Pertua Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar 2011, Arib Ismail yang mahu menjadikan Asrama Kompleks Seri Bintang sebagai Pusat Kerohanian, Kepimpinan dan Ilmuan serta Teknologi Maklumat (KKITM).

Walaupun terdapat kekangan untuk melaksanakan perlaksanaan ini sejak awal tahun seperti kekurangan kitab Al-Mathurat, akhirnya pada saat ini, bilangan kitab tersebut telah ditambah sekaligus memudahkan sesi bacaan Al-Mathurat untuk dijalankan.

Perlaksanaan sesi bacaan Al-Mathurat yang bermula semalam mencatatkan tahun 2011 merupakan tahun pertama perlaksanaan bacaan Al-Mathurat selepas solat Asar yang melibatkan semua warga pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang sejak penubuhan asrama ini pada tahun 2004.

Usaha penerapan Al-Mathurat yang diusahakan oleh Exco Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) hasil gandingan Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) sesi 2011 bersama sesi 2012 ini meningkatkan lagi penghayatan rohani dengan pengamalan wirid dan doa yang telah diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan