Isnin, 1 Ogos 2011

WiFi @ AKSB - Kemudahan Internet Tanpa Wayar Kini Di Asrama Kompleks Seri Bintang


Dioptimasikan untuk pelajar yang menerima netbook 1 Malaysia, kemudahan WiFi @ AKSB memberi peluang kepada para pelajar untuk menguasai pembelajaran yang lebih interaktif, kretif, dan inovatif. Beberapa lokasi di Asrama Kompleks Seri Bintang telah diisytiharkan sebagai WiFi Area sebagai kemudahan untuk semua warga AKSB. Kawasan liputan WiFi @ AKSB adalah tertera seperti berikut:
  • Ruang Rehat Perdana ASPURA [Kawasan Premium WiFi]
  • Ruang Rehat Perdana ASPURI
  • Ruang Rehat Paras ASPURA
  • Semua Dorm Paras 1 ASPURA
  • Semua Dorm Paras 1 ASPURI
  • Bilik Rawatan ASPURA
  • Bilik Rawatan ASPURI
  • Bilik PREP Paras 1 ASPURA
  • Bilik PREP Paras Bawah ASPURI
  • Bilik Diskusi [Lokasi Baru]
  • Taman Botani Kaca [Lokasi Baru]
  • Meja Pengawal Asrama
  • Pentas Gemilang [Lokasi Baru]
  • Dataran Ikhtilat [Lokasi Baru]
  • Mini Koperasi
Nota: Kekuatan dan kelajuan WiFi bergantung pada lokasi, spefikasi komputer, dan bilangan pengguna.
Waktu Beroperasi:
Isnin - Jumaat: 2.00 petang - 5.00 petang
Sabtu: 10.00 pagi - 5.00 petang
Ahad: 10.00 pagi - 2.00 petang
Sehubungan dengan itu, pihak asrama amat berharap agar kemudahan ini dijadikan manfaat untuk kita bersama.

"Asrama Kompleks Seri Bintang, Memacu Teknologi Ke Hadapan"

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan