Selasa, 11 Oktober 2011

Sidi Muhammad Yusoff - Pelajar AKSB Dijemput Menjadi Penceramah Jemputan


Salah seorang pelajar tingkatan 3 Asrama Kompleks Seri Bintang 2011, Sidi Muhammad Yusoff telah dijemput untuk menjadi penceramah jemputan di SMK Seri Saujana pada esok hari.

Berita itu disampaikan kepada YDP AKSB 2011 selaku Admin Portal AKSB sebaik sahaja beliau menerima surat jemputan untuk menjadi penceramah di sekolah tersebut hasil nukilan daripada pengetua SMK Seri Saujana.

Atas bakat dan kreditibiliti beliau dalam menyampaikan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan agama, sejarah, dan sahsiah telah membuka mata pihak atasan untuk menjemputnya sebagai penceramah jemputan.

Ini merupakan julung kalinya beliau dijemput untuk menjadi ceramah undangan luar.

Kami di pihak Asrama Kompleks Seri Bintang mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sidi Muhammad Yusoff atas pencapaiannya itu.

Pada malam ini, Sidi Muhammad Yusoff akan menyampaikan ceramah yang bertajuk "Remaja Muslim Harapan Negara" yang juga tajuk yang akan dibawanya ke Seri Saujana sebagai persediaan beliau untuk menyampaikan ceramah di sekolah tersebut pada esok hari. Sama-sama kita saksikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan