Selasa, 18 Januari 2011

Logo Asrama Kompleks Seri Bintang

Asrama Kompleks Seri Bintang (AKSB) merupakan sebuah asrama yang unik, di mana para penghuninya terdiri dari pelajar-pelajar dari 2 buah sekolah iaitu SMK Seri Bintang Utara dan SMK Seri Bintang Selatan. Pada tahun 2009 yang merupakan tahun ketujuh tertubuhnya AKSB, satu logo telah dicipta bagi kegunaan rasmi untuk menyatukan identiti pelajar dari kedua-dua buah sekolah. Ketika itu, pihak AKSB telah mengadakan satu pertandingan mencipta logo asrama dan hasilnya logo yang paling menarik, relevan dan sesuai dengn imej AKSB telah di pilih.



Maksud & Makna

Warna

Jingga – Melambangkan keceriaan dan kejayaan warga AKSB
Hijau – Melambangkan keharmonian warga AKSB

Lambang

Lambang bulan melambangkan agama Islam sebagai panduan hidup warga AKSB dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Unjuran dari tebal kepada halus berbentuk tangga menunjukkan fokus penguasaan warga AKSB dalam semua cabang ilmu.

Bentuk separa bulatan ini juga melambangkan perpaduan warga AKSB.


Lambang Strok menunjukkan satu matlamat warga AKSB untuk menjadi yang terbaik dalam semua bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.


AKSB merupakan ringkasan kepada Asrama Kompleks Seri Bintang yang terdiri daripada warga SMK Seri Bintang Utara dan SMK Seri Bintang Selatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan