Memaparkan catatan dengan label Program Sayang Asrama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Sayang Asrama. Papar semua catatan

Ahad, 13 April 2014

Tayangan Perdana Mini kali-1 2014


Setelah tamat ujian penilaian 1 bagi SMK SBU dan SMK SBS, jawatankuasa pelajar telah mengadakan satu tayangan perdana mini. Hal ini bertujuan untuk merehatkan fikiran para pelajar setelah saban hari memerah otak dalam mengahadapi ujian 1 ini. Kami telah sepakat untuk memilih cerita Frozen kerana ianya mempunyai banyak pengajaran yang dapat dicontohi.

Tarikh: 12 April 2014
Masa: 9.00 malam.
Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang.

Semoga kisah ini menjadi teladan. Yang baik dijadikan pengajaran manakala yang buruk jadikan sempadan. :))


Jumaat, 17 Januari 2014

Mengingati Rasulullah.


Pada tanggal 14/1/2014 bersamaan dengan hari Khamis ,telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Asrama Kompleks Seri Bintang bagi tahun 2014. Untuk pengetahuan semua ,Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini dijalankan pada setiap tahun bagi melahirkan sifat sayang kepada Rasulullah SAW kepada para pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang .Tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah 'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH'. 

Majlis dimulakan dengan Perarakan dari setiap paras bermula dari Paras 1 Aspura ,diikuti dengan Paras 2 Aspura .Bagi pihak aspuri,dimulai dengan Paras 1 seterusnya Paras 2 dan Paras 3 Aspuri .Setiap paras diminta untuk menyediakan sepanduk buatan sendiri berserta laungan selawat Nabi untuk dipersembahkan nanti .Para pelajar bertungkus lumus dalam menyediakan sepanduk dan nyanyian selawat Nabi. 

Seawal jam 8 pagi ,para pelajar sudah bersedia di Gelanggang Bola Keranjang AKSB bagi memulakan Pertandingan Perarakan Dari Asrama Kompleks Seri Bintang ke Surau Kompleks Seri Bintang .Para pelajar melaungkan selawat Nabi dengan kuat .Setibanya di Surau Kompleks Seri Bintang ,diadakan pula ceramah tentang Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari kumpulan nasyid nowseeheart, Idzhar Jumali
.

Kemudian, sambutan maulidur rasul ini dihangatkan dengan Pertandingan Bercerita kisah Nabi Muhammad yang disertai oleh seorang wakil dari setiap paras aspura dan aspuri. Namun keputusan pertandingan tidak diberitahu lagi .Moga-moga dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini ,kecintaan kita kepada Rasulullah dapat ditingkatkan .InsyaAllah ,Amin. 

Ahad, 4 Ogos 2013

[Tayangan Perdana] Juvana The Movie

Setelah tamat peperiksaan ,kiin tibalah masa bagi para pelajar asrama untuk merehatkan minda mereka .Oleh itu,pihak asrama telah menjalankan aktiviti tahunan iaitu Tayangan Perdana .Pada tahun ini mempunyai kelainan apabila para pelajar dari 5 sc Solihin membuat jualan makanan pada hari tersebut .Maklumat tayangan adalah seperti berikut :- Tarikh : 27 April 2013 Masa : Selepas solat fardhu Isyak Tempat : Skylite SMK SBU Semoga warga asrama terhibur dan mengambil iktibar ketika menonton filem ini .

Jumaat, 23 September 2011

Usrah Perdana: Kegemilangan Daulah Khilafah


Dimaklumkan bahawa program Usrah Perdana: Kegemilangan Daulah Khilafah anjuran Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar sesi 2011 bersama sesi 2012 akan berlangsung pada masa dan tarikh berikut:
Tarikh: 24 September 2011
Hari: Sabtu
Masa: Selepas solat fardu Maghrib
Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang
Semoga semua warga Asrama Kompleks Seri Bintang dapat bersama-sama dalam memeriahkan program tersebut!

Khamis, 28 Julai 2011

Tayangan Perdana Istimewa Ramadhan: Nur Kasih The Movie



Sempena Ramadhan ini, dimaklumkan bahawa program Tayangan Perdana Istimewa Ramadhan membawakan filem Nur Kasih The Movie anjuran Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar 2011 akan berlangsung pada masa berikut:
Tarikh: 30 Julai 2011
Hari: Sabtu
Masa: Selepas solat fardu Isyak
Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang
Semoga semua warga asrama dapat bersama-sama dalam memeriahkan program tersebut. Selamat Menonton!

Jumaat, 22 Julai 2011

Tayangan Perdana: Sekali Lagi



Dimaklumkan bahawa program Tayangan Perdana filem Sekali Lagi anjuran Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar 2011 akan berlangsung pada masa berikut:
Tarikh: 23 Julai 2011
Hari: Sabtu
Masa: Selepas solat fardu Isyak
Tempat: Skylite SMK Seri Bintang Utara
Semoga semua warga asrama dapat bersama-sama dalam memeriahkan program tersebut. Selamat Menonton!

Khamis, 23 Jun 2011

Usrah Perdana: Bermalam Di Barzakh

Pihak Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar 2011 akan menganjurkan program Usrah Perdana yang berlangsung pada hari Jumaat malam untuk minggu yang tidak balik. Seiring dengan arus permodenan zaman, program Usrah Perdana ini diserikan lagi dengan penggunaan multimedia seperti tayangan video bagi menyemarakkan program tersebut. Program Usrah Perdana yang seterusnya yang diberi tajuk 'Bermalam Di Barzakh' akan membawa para pelajar asrama dalam merasai saat-saat ketika kematian dan akan berlangsung pada masa berikut:

Tarikh: 24 Jun 2011
Hari: Jumaat
Masa: Selepas solat fardu Maghrib
Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang


 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan