Khamis, 1 Mei 2014

Lawatan ke Rumah Titian Kasih, Taman Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum semua!

Pada 27/4/2014 (Ahad), Asrama Kompleks Seri Bintang telah mengadakan lawatan khidmat masyarakat ke rumah perlindungan titian kasih di Taman Titiwangsa. Lawatan ini disertai oleh Jawatankuasa Kepemimpinan Pelajar (JKP) dan Ketua dorm aspura dan aspuri, diikuti dengan 2 orang warden. Perjalanan kami hanya dalam linkungan 15 minit sahaja dari asrama dengan menaiki bas. Kami berasa sangat teruja dan tidak sabar berjumpa dengan penghuni di sana.

Sesampainya di sana, kami terkejut dengan anak-anak kecil yang berebut-rebut bersalam. Kami berkumpul di dewan Titian Kasih dan mendengar ucapan dari Mak Pah yang merupakan ketua rumah ini. Katanya, rumah ini telah di dirikan pada tahun 1998 dan sampai sekarang, rumah ini masih tersergam indah. Buat pengetahuan semua, rumah ini sebenarnya merupakan rumah pelindungan, bukan hanya rumah anak-anak yatim bahkan orang-orang gelandangan, OKU, dan mana-mana insan yang memerlukan perlindungan.

Setelah banyak mendengar kisah dan cerita Mak Pah, kami telah beramah mesra dengan anak-anak di sana. Kami mengadakan program mentor menti yang terdiri daripada pelajar asrama sebagai mentor dan penghuni rumah ini sebagai menti. Program ini adalah bertujuan untuk membantu anak-anak dalam matapelajaran, bertukar-tukar cerita dan pendapat, bermain permainan tradisional, melukis dan mewarna.

Tepat jam 12.00 tengah hari, kami mengadakan persembahan istimewa untuk penghuni di situ dengan menanyikan 2 buah lagu iaitu sempurna dan sahabat diikuti dengan tarian/senaman gemuruh.

Di sini terdapat beberapa keping gambar yang sempat diambil semasa lawatan ;




 

 
 


 


 
 






 






 
 
 
 
 
 




 
 

 
 

 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 




 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan