Jumaat, 2 Ogos 2013

Minggu Orentasi AKSB 2013

Assalamualaikum .

Alhamdulllah ,tirai 2013 telah dibuka dengan luas .Maka pada tanggal 1/1/2013 hingga 7/1/2013 , telah diadakan Minggu Orentasi peringkat Asrama Kompleks Seri Bintang bagi tahun 2013. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bagi memperkenalkan asrama kepada para pelajar tingkatan 1 serta para pelajar baru . Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

1)Majlis Perasmian Minggu Orentasi AKSB 2013
2)Kenali Asrama ( dikendalikan oleh JKP tingkatan 5 )
3)Taklimat ( dikendalikan oleh para warden yang terlibat)
4) Program bersama kaunselor dan JKP
5) Latihan kebakaran
6)Sukaneka ( dikendalikan oleh bekas pelajar AKSB)
7) Majlis Penutupan Minggu Orentasi AKSB 2013

Majlis Perasmian Minggu Orentasi AKSB 2013 telah dimulakan pada pukul 9 pagi.Di dalam Majlis ini berlangsung ,Puan Pengetua ,Puan Shamsiah bt. Ahmad a.m.w velah memberi ucapan kepada para pelajar . Seterusnya,taklimat tentang Asrama Kompleks Seri Bintang telah disampaikan oleh Ketua Warden AKSB , Encik Bustamam bin Bohari. Selepas itu ,para pelajar dibenarkan untuk naik ke dorm yang telah ditetapkan dan dibenarkan turun untuk makan tengahari sebelum solat zuhur berjemaah di Surau Kompleks Seri Bintang.

Aktiviti -aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya . Para pelajar juga memberi kerjasama yang baik kepada pihak asrama .

Semasa Majlis Penutupan Minggu Orentasi ini juga,para pelajar dikejutkan dengan pemindahan Encik Muhammad Shukri ke Asrama 1 Malaysia sebagai Warden di sana . Beliau yang menjadi guru di SMK Seri Bintang Selatan serta Warden AKSB telah mencurahkan jasa yang tidak akan terbayar . Sesungguhnya ,pemergian Encik Muhammad Shukri pasti akan di rasai oleh warga Asrama Kompleks Seri Bintang dan warga SMK Seri Bintang Selatan.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Minggu Orentasi AKSB 2013 .

Majulah AKSB demi mencapai kecemerlangan yang di tuju .

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan