Khamis, 17 November 2011

[Video] Motivasi Multimedia: Insan Yang Cemerlang

Tarikh: 16 November 2011
Hari: Rabu
Masa: Selepas solat fardu Maghrib
Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang
Alhamdulillah, sekali lagi sebuah program kerohanian asrama, Motivasi Multimedia berjalan dengan lancar di Surau Kompleks Seri Bintang semalam.

Motivasi Multimedia yang berlangsung pada malam tadi merupakan sesi Motivasi Multimedia dan program tayangan LCD yang terakhir bagi tahun 2011. Jika tiada aral melintang, seperti program kerohanian yang lain, program Motivasi Multimedia akan diteruskan lagi oleh Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) 2012 pada tahun hadapan.

Motivasi Multimedia yang berlangsung malam tadi merungkaikan mengapa Arib Ismail, selaku YDP JKP AKSB 2011 sering menggunakan cogan kata "Insan Yang Cemerlang datang daripada Akal Yang Waras, Hati Yang Bersih, Jiwa Yang Tenang" sepanjang perkhidmatan beliau di AKSB pada tahun ini. Beberapa video motivasi telah ditayangkan bagi menyerikan lagi program tersebut. Program Motivasi Multimedia yang dijalankan semalam dikupas sepenuhnya oleh Arib Ismail selaku YDP JKP AKSB 2011 dan juga pengatur multimedia bagi program tersebut.

Sebelum program Motivasi Multimedia malam tadi bermula, sebuah video nasyid Arab, "Hebbit Kerrih" telah ditayangkan sebagai video introduction bagi program tersebut.



Berikut antara video yang telah dipaparkan pada program Motivasi Multimedia: Insan Yang Cemerlang

Real spirit - Inspiring video!!



Senandung Al-Fatihah (Meaning of Surah Al-Fatihah)



Video Motivasi - Kekurangan Bukan Penghalang



Memandangkan program Motivasi Multimedia malam tadi merupakan program tayangan LCD yang terakhir bagi tahun 2011, semalam juga telah ditayangkan video "Ungkapan Untuk Pejuang AKSB" hasilan daripada pelajar tingkatan 4. Sebuah video menarik yang dedikasi khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Kami di pihak Portal AKSB mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang pelajar terlibat dalam pembikinan video ini!




Sebelum menutup tirai, sebuah video bonus telah ditayangkan kepada para pelajar.

Video Bonus - Tidak Tenang 3



Sekian. Semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kita semua. Ma'a salamah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan