Jumaat, 17 Januari 2014

Mengingati Rasulullah.


Pada tanggal 14/1/2014 bersamaan dengan hari Khamis ,telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Asrama Kompleks Seri Bintang bagi tahun 2014. Untuk pengetahuan semua ,Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini dijalankan pada setiap tahun bagi melahirkan sifat sayang kepada Rasulullah SAW kepada para pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang .Tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah 'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH'. 

Majlis dimulakan dengan Perarakan dari setiap paras bermula dari Paras 1 Aspura ,diikuti dengan Paras 2 Aspura .Bagi pihak aspuri,dimulai dengan Paras 1 seterusnya Paras 2 dan Paras 3 Aspuri .Setiap paras diminta untuk menyediakan sepanduk buatan sendiri berserta laungan selawat Nabi untuk dipersembahkan nanti .Para pelajar bertungkus lumus dalam menyediakan sepanduk dan nyanyian selawat Nabi. 

Seawal jam 8 pagi ,para pelajar sudah bersedia di Gelanggang Bola Keranjang AKSB bagi memulakan Pertandingan Perarakan Dari Asrama Kompleks Seri Bintang ke Surau Kompleks Seri Bintang .Para pelajar melaungkan selawat Nabi dengan kuat .Setibanya di Surau Kompleks Seri Bintang ,diadakan pula ceramah tentang Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari kumpulan nasyid nowseeheart, Idzhar Jumali
.

Kemudian, sambutan maulidur rasul ini dihangatkan dengan Pertandingan Bercerita kisah Nabi Muhammad yang disertai oleh seorang wakil dari setiap paras aspura dan aspuri. Namun keputusan pertandingan tidak diberitahu lagi .Moga-moga dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini ,kecintaan kita kepada Rasulullah dapat ditingkatkan .InsyaAllah ,Amin. 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan