Isnin, 6 Januari 2014

Orientasi Pelajar 2014


Assalamualaikum .

Alhamdulllah ,tirai 2014 telah dibuka dengan luas .Maka pada tanggal 1/1/2013 hingga 5/1/2014 , telah diadakan Minggu Orientasi peringkat Asrama Kompleks Seri Bintang bagi tahun 2014. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bagi memperkenalkan asrama kepada para pelajar tingkatan 1 serta para pelajar baru . Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

1)Majlis Perasmian Minggu Orientasi AKSB 2013
2)Kenali Asrama ( dikendalikan oleh JKP tingkatan 5 )
3)Taklimat ( dikendalikan oleh para warden yang terlibat)
4) Program bersama kaunselor dan JKP 
5) Latihan kebakaran
6) Sukaneka ( dikendalikan oleh JKP 2014)
7) Majlis Penutupan Minggu Orientasi AKSB 2014

Majlis Perasmian Minggu Orientasi AKSB 2014 telah dimulakan pada pukul 9 pagi.Di dalam Majlis ini berlangsung ,Puan Pengetua ,Puan Shamsiah bt. Ahmad A.M.W telah memberi ucapan kepada para pelajar . Seterusnya,taklimat tentang Asrama Kompleks Seri Bintang telah disampaikan oleh Ketua Warden AKSB , Encik Bustamam bin Bohari. Selepas itu ,para pelajar dibenarkan untuk naik ke dorm yang telah ditetapkan dan dibenarkan turun untuk makan tengahari sebelum solat zuhur berjemaah di Surau Kompleks Seri Bintang.

Aktiviti -aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan dengan jayanya . Para pelajar juga memberi kerjasama yang baik kepada pihak asrama

Pemenang bagi sukaneka dikategorikan mengikut paras masing dari segi sorakan, disiplin, maskot dan pemenang keseluruhan bagi setiap permainan. Tema maskot sukaneka pada tahun ini adalah berkaitan dengan blockbuster. Berikut merupakan pemenang bagi sukaneka:

Kategori maskot: Paras 2 (Aspuri)
Kategori Sorakan: Paras 2 (Aspura)
Kategori Keseluruhan: Johan: Paras 1 (Aspura)
                                     Naib Johan: Paras 1 (Aspuri)
                                     Ketiga: Paras 2 (Aspuri)

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Minggu Orentasi AKSB 2014 .

Majulah AKSB demi mencapai kecemerlangan yang di tuju .

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan