Khamis, 1 Mei 2014

Lawatan ke Rumah Titian Kasih, Taman Tasik Titiwangsa

Assalamualaikum semua! Pada 27/4/2014 (Ahad), Asrama Kompleks Seri Bintang telah mengadakan lawatan khidmat masyarakat ke rumah perlindungan titian kasih di Taman Titiwangsa. Lawatan ini disertai oleh Jawatankuasa Kepemimpinan Pelajar (JKP) dan Ketua dorm aspura dan aspuri, diikuti dengan 2 orang warden. Perjalanan kami hanya dalam linkungan 15 minit sahaja dari asrama dengan menaiki bas. Kami berasa sangat teruja dan tidak sabar berjumpa dengan penghuni di sana. Sesampainya di sana, kami terkejut dengan anak-anak kecil yang berebut-rebut bersalam. Kami berkumpul di dewan Titian Kasih dan mendengar ucapan dari Mak Pah yang merupakan ketua rumah...

Ahad, 13 April 2014

Tayangan Perdana Mini kali-1 2014

Setelah tamat ujian penilaian 1 bagi SMK SBU dan SMK SBS, jawatankuasa pelajar telah mengadakan satu tayangan perdana mini. Hal ini bertujuan untuk merehatkan fikiran para pelajar setelah saban hari memerah otak dalam mengahadapi ujian 1 ini. Kami telah sepakat untuk memilih cerita Frozen kerana ianya mempunyai banyak pengajaran yang dapat dicontohi. Tarikh: 12 April 2014 Masa: 9.00 malam. Tempat: Surau Kompleks Seri Bintang. Semoga kisah ini menjadi teladan. Yang baik dijadikan pengajaran manakala yang buruk jadikan sempadan. :)) ...

Ahad, 26 Januari 2014

Sejenak Bersama Pengetua Cemerlang

Pada 21 Januari 2014, satu program bersama pengetua cemerlang SMK Seri Bintang Utara, Puan Shamshiah Binti Ahmad telah berlangsung dengan kerjasama warden Asrama Kompleks Seri Bintang. Pogram ini melibatkan pelajar dari kalangan Asrama puteri dan warden puteri sahaja. Program ini adalah bertujuan untuk berkongsi rahsia antara pengetua dan pelajar-pelajarnya. Selain itu, program ini juga adalah untuk meningkatkan disiplin pelajar sekaligus bertukar-tukar pendapat bagi meningkatkan kualiti asrama sesuai dengan matlamat pengetua bagi mentranformasikan asrama menjadi lebih cemerlang, gemilang dan TERBILANG!! Perkongsian ini telah membuka minda...

Sabtu, 18 Januari 2014

Amalan Rasulullah diterapkan dalam sanubari

              Asrama Kompleks Seri Bintang melangkah kehadapan dalam memantapkan nilai rohani warga asrama dengan menjadikan sesi bacaan Al-Mathurat sebelum solat maghrib sebagai rutin harian secara rasmi. Walaupun terdapat kekangan untuk melaksanakan perlaksanaan ini sejak awal tahun seperti kekurangan kitab Al-Mathurat, akhirnya pada saat ini, bilangan kitab tersebut telah ditambah sekaligus memudahkan sesi bacaan Al-Mathurat untuk dijalankan. Usaha penerapan Al-Mathurat yang diusahakan oleh Exco Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) hasil gandingan Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) sesi 2014 ini meningkatkan...

Jumaat, 17 Januari 2014

Mengingati Rasulullah.

Pada tanggal 14/1/2014 bersamaan dengan hari Khamis ,telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Asrama Kompleks Seri Bintang bagi tahun 2014. Untuk pengetahuan semua ,Majlis Sambutan Maulidur Rasul ini dijalankan pada setiap tahun bagi melahirkan sifat sayang kepada Rasulullah SAW kepada para pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang .Tema Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini ialah 'WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH'.  Majlis dimulakan dengan Perarakan dari setiap paras bermula dari Paras 1 Aspura ,diikuti dengan Paras 2 Aspura .Bagi pihak aspuri,dimulai dengan Paras 1 seterusnya Paras 2 dan Paras 3 Aspuri .Setiap paras diminta...

Isnin, 6 Januari 2014

Orientasi Pelajar 2014

Assalamualaikum . Alhamdulllah ,tirai 2014 telah dibuka dengan luas .Maka pada tanggal 1/1/2013 hingga 5/1/2014 , telah diadakan Minggu Orientasi peringkat Asrama Kompleks Seri Bintang bagi tahun 2014. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan bagi memperkenalkan asrama kepada para pelajar tingkatan 1 serta para pelajar baru . Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah : 1)Majlis Perasmian Minggu Orientasi AKSB 2013 2)Kenali Asrama ( dikendalikan oleh JKP tingkatan 5 ) 3)Taklimat ( dikendalikan oleh para warden yang terlibat) 4) Program bersama kaunselor dan JKP  5) Latihan kebakaran 6) Sukaneka ( dikendalikan oleh JKP 2014) 7) Majlis Penutupan Minggu Orientasi AKSB 2014 Majlis Perasmian Minggu Orientasi AKSB 2014 telah dimulakan pada pukul 9 pagi.Di dalam Majlis ini berlangsung...

Khamis, 2 Januari 2014

Jawatankuasa Kepemimpinan Pelajar 2014

Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di Asrama Kompleks Seri Bintang untuk melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan pelajar asrama malah untuk negara pada masa depan. Fungsi Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) ialah untuk: Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar asrama. Membantu warden, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di asrama termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan. Memaklumkan kepada warden mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar asrama. Menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh warden dan...

Page 1 of 10123Next

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan