Rabu, 19 Januari 2011

Kemudahan Asrama: Ruang Rehat Perdana

Ruang Rehat Perdana merupakan sebuah kemudahan khas yang disediakan untuk pelajar Asrama Kompleks Seri Bintang. Dilengkapi dengan set sofa empuk serta TV LCD 32 inci, ruang rehat ini mampu memberikan kepada para pelajar ketenangan untuk merehatkan diri ketika waktu lapang.

Selasa, 18 Januari 2011

Logo Asrama Kompleks Seri Bintang

Asrama Kompleks Seri Bintang (AKSB) merupakan sebuah asrama yang unik, di mana para penghuninya terdiri dari pelajar-pelajar dari 2 buah sekolah iaitu SMK Seri Bintang Utara dan SMK Seri Bintang Selatan. Pada tahun 2009 yang merupakan tahun ketujuh tertubuhnya AKSB, satu logo telah dicipta bagi kegunaan rasmi untuk menyatukan identiti pelajar dari kedua-dua buah sekolah. Ketika itu, pihak AKSB telah mengadakan satu pertandingan mencipta logo asrama dan hasilnya logo yang paling menarik, relevan dan sesuai dengn imej AKSB telah di pilih.



Maksud & Makna

Warna

Jingga – Melambangkan keceriaan dan kejayaan warga AKSB
Hijau – Melambangkan keharmonian warga AKSB

Lambang

Lambang bulan melambangkan agama Islam sebagai panduan hidup warga AKSB dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Unjuran dari tebal kepada halus berbentuk tangga menunjukkan fokus penguasaan warga AKSB dalam semua cabang ilmu.

Bentuk separa bulatan ini juga melambangkan perpaduan warga AKSB.


Lambang Strok menunjukkan satu matlamat warga AKSB untuk menjadi yang terbaik dalam semua bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.


AKSB merupakan ringkasan kepada Asrama Kompleks Seri Bintang yang terdiri daripada warga SMK Seri Bintang Utara dan SMK Seri Bintang Selatan.

Lokasi Asrama Kompleks Seri Bintang


Alamat: Jalan 3/91A, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100, Kuala Lumpur.
Koordinat GPS: 3°7'18"N 101°44'3"E

Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) Asrama Kompleks Seri Bintang


Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di Asrama Kompleks Seri Bintang untuk melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan pelajar asrama malah untuk negara pada masa depan.

Fungsi Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar (JKP) ialah untuk:
  • Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar asrama.
  • Membantu warden, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di asrama termasuk kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan.
  • Memaklumkan kepada warden mengenai segala perkara yang berhubungan dengan atau berkenaan dengan keadaan hidup dan kerja pelajar asrama.
  • Menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh warden dan pihak asrama dari semasa ke semasa.


Jawatankuasa Kepimpinan Pelajar 2011



BIRO AKADEMIK: NUR FARHANAH BT. ZAKARIAH

BIRO KEBAJIKAN: NUR AWATIF BT. ISHAK

BIRO SURAU:
FARAH IZZATI ZAINUDIN
SIDI MUHAMMAD YUSOFF BIN AZLAN SHAH

BIRO PERHIMPUNAN:
SHAHIRAH IBRAHIM
RAJA MUHAMMAD AMIRIL ISYRAQ B. RAJA AZMY

BIRO SUKAN: NAIM SAPARI

BIRO PSM: FATIN ZULAIKHA

BIRO KECERIAAN: NUR SHAFIQAH BT. AHMAD BZAYAUDDIN

BIRO MAKANAN: MUHAMMAD FAIZ BIN MOHD SAIDIDI

BIRO KEBUDAYAAN: NURUL AZRA SYAHERA BT. MOHD AZMI

BIRO ‘SPOTCHECK’ DAN SSDM: ANIS FADZLIANNA BT. MOHD ZULFADZLI

BIRO SIARAYA: MOHD. KHAIRULLAH AZMI B. ABD. RAHMAN

Isnin, 17 Januari 2011

Keistimewaan Asrama



  • Asrama Kompleks Seri bintang merupakan satu-satunya asrama yang mempunyai penghuni daripada dua a buah sekolah kompleks iaitu SMK Seri Bintang Utara (SMKSBU) dan SMK Seri Bintang Selatan (SMKSBS).
  • Pelajar AKSB yang terdiri daripada pelajar Kelas Aliran Agama (KAA), Kelas Rancangan Khas (KRK), dan Kelas Aliran Biasa.
  • Menyediakan khidmat sewaan asrama.

Piagam Pelanggan Asrama

  • Sentiasa mengambil kira kepentingan dan kemajuan pelajar dalam setiap program dan keputusan serta tindakan yang diambil.
  • Sebarang masalah pelajar di bawah bidang kuasa sekolah akan ditangani segera.
  • Mengamalkan konsep mesra pelanggan dan sentiasa mendapatkan kerjasama dari semua pihak demi kepentiangan pelajar.

Pengenalan Asrama



Pengetua : Pn Shamshiah Binti Ahmad A.M.W, Pengetua Cemerlang SMK Seri Bintang Utara.
Alamat : Jalan 3/91 Taman Shamelin Perkasa, 56100, Cheras, Kuala Lumpur.
Lokasi : Bandar
Daerah : Cheras
Pejabat Pelajaran Gabungan : JPWP Kuala Lumpur
No. Telefon Sekolah : 03-92837924
No. Fax Sekolah : 03-92837887
E-mail : pengetua@smksbu.edu.my
Jenis Asrama : Harian

Ahad, 16 Januari 2011

Lagu Asrama Kompleks Seri Bintang

Lagu Asrama Kompleks Seri Bintang

Seri Bintang, kami berikrar,
Cinta dan usaha akan datang,
Bila kami menjadi dewasa,
Putera dan puteri negara.

Tuhan Agung, Maha Pengasih,
Dengarlah permohonan kami,
Agar membina warisan murni,
Zaman demi zaman.

Didik kami semasa muda,
Bertanggungjawab, teguh dan benar,
Kurniakan kebenaran,
Kekalkan negara kami.

Pohon kami nilai sempurna,
Keriangan tanpa kebencian,
Mengampunkan segala dosa,
Kasihi semua insan.

Seri Bintang, kami berikrar,
Cinta dan usaha akan datang,
Bila kami menjadi dewasa,
Putera dan puteri negara.

Motto Asrama Kompleks Seri Bintang

Motto Asrama

"Sepakat Menuju Kecemerlangan"

Misi dan Visi Asrama Kompleks Seri Bintang

Misi

Menjadikan Asrama Kompleks Seri Bintang wadah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia supaya dapat memberi sumbangan yang positif kepada agama, bangsa dan negara.

Visi

Melahirkan pelajar-pelajar yang bertaraf antarabangsa yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosialnya dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan.

Sejarah Penubuhan Asrama

  • Ditubuhkan pada tahun 2001.
  • Diberi kebenaran untuk diguna pakai pada 28 Jun 2004.
  • Mula beroperasi pada 1 Ogos 2004.
  • SMK Seri Bintang Utara diberi tanggungjawab untuk mentadbir AKSB.
  • Satu Jawatankuasa Pengurusan ditubuhkan terdiri daripada anggota pentadbiran kedua-dua buah sekolah iaitu SMK seri Bintang Utara dan SMK Seri Bintang Selatan.
  • Kapasiti kemasukan pelajar asrama yang pertama ialah 150 orang.
  • Pentadbiran dan pengurusan asrama dibantu oleh dua orang warden, seorang penyelia kanan dan seorang penyelia asrama.
  • Warden pertama yang dilantik – Pn. Nursham Abd. Aziz
  • Penyelia Kanan Asrama – En. Mothar bin Abdullah
  • Penyelia Asrama – Pn. Siti Azlinda Bt. Awang

 
Portal Ini Dikelola Oleh Arib Ismail | Rekabentuk Oleh Premium Blogger Themes | Sepakat Menuju Kecemerlangan